Rabu, 29 Julai 2009

Science & Technology

Guru Besar



Guru Besar SJKT Ladang Kuala Selangor

Isnin, 27 Julai 2009

Pengenalan Sekolah SJKT Ladang Kuala Selangor


Sekolah ini adalah sebuah sekolah yang beraliran Bahasa Tamil dan ia terletak di daerah Kuala Selangor. Sekolah ini dinamakan sempena nama ladang, iaitu Ladang Kuala Selangor dimana bangunanya didirikan. Pada mulanya bangunan sekolah ini dibina di tengah-tengah tiga bahagian (Division) ladang untuk memudahkan kanak-kanak daripada ketiga-tiga bahagian datang ke sekolah. Bangunan sekolah yang pertama didirikan pada tahun 1925 dengan bantuan daripada pihak pentadbir ladang. Bilangan guru yang ada pada masa itu ialah seramai tiga orang termasuk Guru Besar. Nama Guru Besar pertama sekolah ini ialah En.Narayanasami.Beliau berkhidmat di sekolah ini selama 12 tahun dan bersara pada tahun 1936. Sekolah ini diiktiraf sebagai sekolah bantuan kerajaan pada tahun 1948, tetapi bertaraf bantuan modal. Pada tahun 1958 lokasi sekolah ini terpaksa dialihkan ke tempat yang ada sekarang iaitu lebih kurang 1 KM jauh dari Jalan Besar Assam Jawa – Ijok. Ini kerana dua bahagian (division) ladang telah ditutup. Bangunan baru ini berukuran 74 kaki panjang dan 24 kaki lebar yang telah menelan belanja RM 5,500.00.
Dengan kedudukan baru ini,banci pelajar telah meningkat,kerana kini bukan murid-murid dari estet sahaja datang ke sekolah malah murid-murid dari tempat lain yang berhampiran. Oleh kerana banci murid meningkat bilangan guru juga bertambah seramai 6 orang, perkara ini telah berlaku pada tahun 1960.

Setelah En.S.Arumugam telah bersara,tempat beliau digantikan oleh En.M.Govindan mulai 1.1.1964 dan beliau telah bersara pada 31.1.1978.Selepas itu,beliau digantikan oleh En.M.Muniandy AMN pada tanggal 1.2.1978.Sejak di lokasi baru,Sekolah ini mula bertambah maju dalam semua bidang .En.M.Muniandy AMN telah bersara pada 23.1.1990.Kemudian,jawatan Guru Besar ini diambil alih oleh En.K.Renggasamy .Pada masa itu ,jumlah murid sekolah ini bertambah lagi.Oleh itu, satu lagi bangunan baru telah dibina dengan peruntukan Kerajaan (Bantuan Modal) sejumlah RM 25000.00. Pada Tarikh 30.10.1998,Beliau telah bertukar ke SJK (T) Ladang Coalfield.

Selepas itu, En.S.Manickam telah dilantik sebagai Guru Besar mulai 1.11.1998.Pada masa ini,jumlah telah bertambah lagi.Oleh itu, satu lagi bangunan baru telah dibina dengan kos RM 30000.00 (Bantuan Modal) pada tahun 2002.Pada masa ini. Pencapaiaan murid bertambah baik .Kemudian, beliau ditukarkan ke SJK (Tamil) Jenjarom dengan kenaikan pangkat ke DGA 34 pada 15.04.2002.

Tempat beliau digantikan oleh En.Kesavan mulai 16.4.2002. Pada masa pentadbiran beliau, Sekolah ini bertambah baik lagi dari segi bidang-bidang yang penting dalam sekolah.Pelajar cemerlang dari aspek pelajaran dan Mewakili daerah dalam pertandingan Sukan Merentas Desa dan semua sukan dibawah Ko-Kurikum . Kejayaan mereka ditonjolkan diperingkat Daerah
mahupun peringkat Negeri. Pada tahun 2004 Encik Kesavan ke Daerah Klang.Selepas itu En.Rajathurai mengambil alih sebagai Guru besar, Pada masa beliau beberapa perubahan dilakukan dari segi penambahan modal di dalam bilik darjah . En.Rajathurai telah ditukarkan pada Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Selangor sebagai peyelia Sekolah- sekolah Tamil Daerah Kuala Selangor.

Selepas Beliau En.M.Sankaran telah mengambil alih sebagai Guru Besar pada 1.10.2006 sehingga kini 2009. Pada waktu sekarang prestasi kian meningkat dari segi pelajaran mahupun sukan.Pada Tahun ini juga(2008) sekolah mencapai pencapaiaan terbaik dalam Larian Jubli Emas peringkat Kebangsaan dan menakluki kemenangan iaitu tempat ke -9 di Malaysia kategori perempuan bawah 12 tahun. Dan juga Tempat yang ke 11 di Malaysia kategori lelaki bawah 12 tahun.Pada masa kini seramai 11 oarang guru sedang berkhidmat di sekolah ini termasuk Guru Besar.